Tuesday, November 28, 2017

PENGENALAN

Surah Al-Infitaar ini menggambarkan kejadian-kejadian pada hari kiamat dan menerangkan keingkaran manusia kepada kurnia Allah dan bahawa segala amal perbuatan mereka itu mendapat pemblasan. Surah ini terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah An-Naazi'at. Al-Infitaar yang dijadikan nama untuk surah ini adalah kata asal dari kata Infatharat (terbelah) yang terdapat pada ayat pertama.

KANDUNGAN

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari kiamat; peringatan kepada manusia agar tidak terpedaya sehingga durhaka kepada Allah; adanya malaikat yang selalu menjaga dan mencatat segala amal perbuatan manusia; pada hari kiamat manusia tidak dapat menolong orang lain; hanya kekuasaan Allah lah yang berlaku pada waktu itu. Al-Infitaar ini menggambarkan kejadian-kejadian pada hari kiamat, dan menerangkan keingkaran manusia kepada kurnia Allah dan bahawa segala amal perbuatan mereka itu akan mendapat pembalasan.

HUBUNGAN SURAH INI DENGAN SURAH AL-MUTHAFFIFIIN

Dalam surah Al-Infitaar ini Allah menjelaskan adanya malaikat yang menjaga dan mencatat amal perbuatan manusia, lalu pada surah Al-Muthaffifiin dijelaskan lagi tentang buku catatan itu.

Dalam surah Al-Infitaar ini secara singkat diterangkan dua golongan manusia pada hari kiamat iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan dan orang-orang yang derhaka. Maka dalam surah Al-Muthaffifiin diuraikan lebih luas keadaan dan sifat kedua golongan manusia itu.

Monday, November 27, 2017

PENGAJARAN

AYAT 1-5

Allah SWT mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini akan berakhir. Dan itu ditandai dengan pecahnya langit yang berada di atas kita. Langit yang tadinya kuat dan kukuh tiba-tiba terbelah dan pecah kerana mengikuti perintah Allah. Kemudian akan diikuti dengan meluapnya air laut, ertinya air laut akan habis dan menjadi kering kerana pada awalnya laut-laut ini menyatu dan airnya berlimpah, tetapi jika terjadi ledakan maka airnya akan menjadi cerai berai sehingga kering. Setelah itu kuburan-kuburan akan dibongkar dan dikeluarkan apa yang ada didalamnya dari mayat-mayat yang menjadi hidup lagi. Dan bumi akan dibongkar dan dikeluarkan seluruh isinya. Pada saat itulah manusia baru sedar akan amal perbuatannya yang selama ini dikerjakan.

AYAT 6

Allah SWT mengingatkan manusia agar tidak terpedaya dengan kemurahan yang telah diberikan Allah kepada manusia yang berbuat jahat. Seringkali Allah mengundur siksa kepada manusia agar manusia meniggalkan segala kejahatannya dan kemudian bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Jangan disebabkan hal ini, manusia lalai dan menganggap bahawa perbuatan-perbuatan jahatnya tidak akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT dan dia akan luput dari sangsi Nya.

AYAT 7-8

Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang paling sempurna dibanding dengan makhluk-makhluknya yang lain. yakni yang menjadikan manusia dalam keadaan yang normal, tegak, mempunyai tubuh yang seimbang dengan penampilan dan bentuk yang sangat baik. Allah lah yang menciptakan manusia dalam bentuk yang beragam dan berbeza-beza. Sebahagian dari mereka mempunyai postur yang tinggi sebahagian yang lainnya mempunyai postur yang rendah, ada yang berkulit putih dan ada yang berkulit hitam. Semua itu adalah kehendak Allah Yang Menciptakan makhluk-makhluk Nya dalam bentuk yang berbeza-beza untuk suatu hikmah dalam kehidupan.


ASBABUN NUZUL

AYAT 6

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari 'Ikramah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf yang mengingkari hari ba'ts (dibangkitkan dari kubur). Ayat ini merupakan teguran kepada orang yang tidak percaya kepada ketentuan Allah.